Saturday, August 6, 2016

Ulasan Karya Novel Bahasa Inggeris

Novel kedua dari Aliazalea, novel pertama "Miss Pesimis", yang berjudul "Blind Date" mengisahkan kisah percintaan seorang gadis berumur 27 tahun bernama Titania. Titania adalah seorang gadis Indonesia yang hidup di Amerika, perbezaan budaya yang dikemas dalam tema cinta menjadi latar belakang novel ini.

Setting novel yang mengambil sebuah daerah di North Carolina, Amerika digambarkannya dengan baik oleh penulis sehingga pembaca boleh membayangkan keadaan disana. Alkisah Titania sedang patah hati kerana hubungan cintanya dengan Brandon, seorang pengacara muda,  berakhir. Berakhirnya hubungan mereka kerana Titania melihat Brandon curang. Bukan itu sahaja, Brandon juga  mengatakan bahawa tidak akan ada lelaki yang mahu menjalin hubungan dengan Titania. 

Untuk membuktikan perkataan Brandon tidak benar, dan juga kerana desakan adiknya, Titania mendaftar di sebuah biro jodoh untuk  bertemu dengan seseorang yang sesuai dengan kriterianya. Sementara menunggu ada calon yang sesuai dari agensi jodoh, Titania berkenalan dengan seorang programmer bernama Rilley, yang secara tidak sengaja bertemu di "Fresh Market".

Pertemuan pertama yang tidak disengaja tersebut berlanjutan ke pertemuan-pertemuan yang lainnya yang membuat Titania merasakan sesuatu di hatinya. Tidak diduga juga ternyata Rilley merupakan salah satu dari calon yang diatur oleh agensi jodoh. Kisah-kisah romatis pun berlanjut setelah mereka menyedari akan hal tersebut. Penggambaran lelaki Amerika mengenai permpuan asia menjadi topik yang saya sukai dari keseluruhan, walupun secara keseluruhan saya suka dengan novel ini.

Penyamapian kisah yang sangat apik oleh penulis, Aliazalea, akan membuat pembaca tidak akan rela mengedipkan matanya ketika membaca novel "Blind Date". Kemasan cerita yang mengalir  menarik dari halaman pertam dengan flesh back yang tidak jauh dari halaman sebelumnya.

Dengan keunggulan novel "Blind Date" tersebut, sudah selayaknya novel "Blind Date" ini menjadi salah satu novel yang baik untuk dibaca.

Ulasan Karya

Hero Seorang Cinderella oleh Anjell

Sinopsis: Nura Medina, sekali pandang orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Manakala heronya, Tengku Ian Uzzam, kacak membunuh, senyuman ikhlas versi pencair hati dan jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah untuk menyatukan kembali keluarga Medina. Ibu Medina dan abangnya yang dianggap sudah mati oleh semua orang, sebenarnya masih hidup dan dia adalah ibu angkat Tengku Ian. Pelbagai misi yang dilakukan oleh Tengku Ian sehingga dia sanggup berlakon sebagai anak angkat, manakala abang medina sebagai Tengku Ian. Tengku Ian mahu melihat siapa permata dan siapa pula kaca. Setiap hari mereka ditakdirkan berjumpa antara tidak sengaja sehingga Tengku Ian berkata kepada Medina, kalau awak ingat saya pada ketika itu, saya pasti akan datang dan selamatkan awak. Medina tidak percaya pada kata-kata itu, tetapi ia menjadi realiti kerana tanpa sengaja lelaki itu datang kepadanya ketika dia teringat kata-kata itu sehingga mereka menjadi kawan yang rapat. Sehinggalah terbongkar identiti dia sebenarnya, ibu dan kak tirinya membuat rancangan untuk memisahkan mereka. Ibu dan kak tirinya merancang pengkhianatan dengan membawa masuk seorang lelaki ke bilik Medina yang pada ketika itu sedang sakit. Ayahnya menghalau Medina keluar dan Tengku Ian yang mula mencintai Medina melamar Medina yang dalam kesedihan itu untuk menjaganya sepanjang hidupnya. Dan Tengku Ian membongkarkan rahsia dan amanat dengan menberitahu hal sebenar kepada Medina mengenai ibu dan abangnya. Mereka hidup sangat bahagia sehingga ayahnya sakit dan mahu meminta maaf apabila mengetahui cerita yang sebenar bahawa isteri keduanya itu juga pernah memfitnah ibu Medina curang dengan lelaki lain. Ayahnya tetap percaya sehinggalah dia mendengar perbualan antara dua beranak tirinya tentang rancangan perkhianatan mereka berdua terhadap ibu Medina dan Medina. Hidup mereka sekeluarga sangat bahagia dan mereka tidak mahu mensia-siakan sesaat pun. Mereka sangat berterima kasih kepada Tengku Ian dan keluarganya.


Ulasan: Penulis dapat membawa jiwa pembaca dengan pelbagai emosi seperti sedih dan kecewa dengan kehidupan yang digambarkan jika mempunyai ibu tiri dan kakak tiri yang sangat jahat. Tema yang mempunyai pelbagai unsur seperti hubungan kekeluargaan, romantik, lawak dan sedih. Dialog yang digunakan adalah bersahaja termasuk penggunaan bahasa yang sering digunakan oleh masyarakat sekeliling memudahkan lagi pembaca memahaminya. 

Biru Putih Kuning Selamanya..Pulau Pinang Pulau Mutiara Negeriku



Barisan Kemungkinan...
Kita melalui 5 game yg memerlukan semua pemain melakukan All Out untuk mengutip mata. Hari ni Admin senaraikan pemain2 yg Admin rasakan sesuai utk kita cari 3 mata penuh. Utk sekarang Admin biarkan kesebelasan utama tanpa Mafry Balang dan jika beliau ada dalam senarai kesebelasan, pasti tempat beliau di salah satu back four kecuali tempat Lobo dan defend kiri. Adakah Ranti Martins akan diturunkan berseorangan lagi atau tidak...kita tunggu official punya strategi...All the Panthers! Haria Penang Hari

CERPEN KENANGAN SILAM (BAHAGIAN 1)

Awal pagi ini hujan turun dengan lebatnya.Suasana dinihari yang terasa nyaman selepas disirami air hujan.Terdengar kicau burung yang gembira kerana bumi telah dibasahi selepas enam bulan kering kontang akibat fenomena el-nino.
Hari ini cuti hari minggu maka,aku masih didalam selimut seusai menunaikan solat subuh.Ku berpaling disebelah isteriku sudah tidak kelihatan barang kali sudah didapur.Ku melihat di katil sebelah anak-anakku masih nyenyak dibuai mimpi.Semalam jam satu pagi baru mereka tidur selepas menonton CD cerita karton kegemaran mereka.
Aku termenung melihat jendela mati yang sedikit terbuka.Kenangan demi kenagan terimbau ketika itu difikiranku.Sepuluh tahun sudah berlalu.
Pagi ini aku ada kelas tetapi aku terlewat bangun.Eddy rakan sebilikku juga lewat kerana semalam kami menonton bola sehingga lewat pagi.
Pagi ini kami ada Kuiz untuk subjek statistic.Lewat masuk bermakna markah akan hilang,kerana ini subjek wajib bagi Kos yang aku ambil iaitu Diploma Sains Komputer.Kerana sudah lewat kami berduapun tidak sempat mandi hanya bersiap ala kadar yang penting hadir ke Kolej seberapa segera yang boleh untuk mengambil ujian kuiz.
Pada masa itu aku merupakan pelajar tahun 2 di Kolej Poly-Tech MARA KL(KPTM), pada fikiranku aku hanya mahu menamatkan pengajian untuk memenuhi kehendak kedua ibu bapa ku.Aku belajar disitu kerana hasrat mereka,kerana jiwa aku bukan disitu.Aku tidak berminat untuk belajar pada ketika itu,aku hanya mahu terus bekerja kerana keputusan SPM aku hanya sekadar lulus dan bukan cemerlang.Tetapi mengenangkan hasrat org tua aku gagahi juga melanjutkan pelajaran.Orang kata andai kita mengikut cakap orang tua satu hari nanti ada berkatnya.Disebabkan keptusan SPM aku sederhana sahaja aku ditawarkan belajar di KPTMKL dan tidak mendapat tempat di istitusi awam.
Pagi itu aku sempat sampi ke kolej dan dapat menduduki ujian kuiz.Lega juga hati ini rasa kerana sempat mengambil ujian.Kelas pada hari itu tidak banyak dan jam 3.00 petang aku sudah tiada lagi kelas.Aku dan Eddy merancang untuk ke KLCC untuk berjalan-jalan kerana sebelah petang dan malam tiada kelas.
Kami ke KLCC dengan menaiki LRT, semasa didalam LRT untuk ke KLCC aku terpandang seorang gadis yang menarik minat aku untuk terus melihat.Aku melihatnya dari jauh,dan aku perasan dia juga sedar aku sedang melihatnya,tetapi tidak berkata apa,kerana pada waktu itu LRT agak ramai orang.Untuk ke KLCC kami perlu turun di Masjid Jamek untuk menukar train ke KLCC.Aku sempat melihat gadis itu juga turun dari LRT dan menukar train.Semasa menunggu train untuk ke KLCC aku cuba menyapa gadis tersebut dan dia dengan senang hati membalas sapaanku,kami berbual seketika dan dia menyatakan untuk ke KLCC juga dengan kawanya.
Aku berkata yang aku juga ingin ke KLCC dan dapat lah kami pergi bersama,dia tiada masalah untuk kesana kerana dia sememngnya ingin ke KLCC untuk membeli buku di Kinokuniya KLCC.Semasa berborak dengannya benarlah seperti yang aku sangkakan yang gadis itu adalah junior aku semasa semasa sekolah menengah dulu bekitu juga dengan kawannya.Gadis itu memaklumkan yang sekarang dia belajar di KUIS dalam jurusan Pengajian Islam.Kami sama-sama meneruskan perjalanan ke KLCC dan menaiki train yang sama.Semasa di KLCC aku mengajak dia untuk join aku dan Eddy untuk meonton watang,tetapi ditolak kerana mereka ada hal lain lagi,lantas aku pun meminta no telefon gadis tersebut dan berkata andai ada waktu lagi boleh berjumpa lagi,namun gadis itu meminta aku yang memberi no telofon dan sekiranya ada rezeki dia akan call aku.Aku lantas menulis no aku dikertas dan memberikan pada gadis tersebut.Dia berlalu dengan senyuman dan aku berharap yang dia akan call aku.Aku dan Eddy meneruskan agenda kami dengan menonton wayang.
Malam itu aku dan Eddy sampi ke rumah sewa kami dalam jam 11.00 malam,selapas menonton wayang kami berjalan-jalan sekitar KLCC dan sebelum pulang kami ke Pasar Seni dulu melihat apa aje yang ada disana dan selepas penat kami pulang.Malam itu aku teringatkan gadis yang aku jumpa dalam LRT siang hari tadi,aku mengharapkan adanya massage akan masuk atau call tetapi hampa.Aku harapkan dilain hari akan ada khabar yang gembira.Malam itu aku tidur dengan mengayam mimpi indah.
Hari-hari aku berlalu seperti biasa dan rutinku semakin sibuk dengan tugasa-tugasan yang semakin menimbun.Aku terlupa seketika tentang gadis yang aku temui di dalam LRT tersebut.Minggu peperiksaan makin hamper dan aku perlu menumpukan perhatian dengan lebih lagi keran tahun depan adalah tahun akhir untuk aku menamatkan pengajian aku di KPTMKL.Aku tidak mahu mengulang subjek kerana sasaran aku selepas tamat pengajian dan menggenggam segulung Diploma aku mahu kerja.Dengan diploma itu akau akan membuat ibu bapa aku gembira kerana aku telah merialisasikan impian mereka.Kerana akulah anak sulung yang akan menjadi contoh untuk adik-adik aku nanti.
Hari ini adalah minggu peperiksaan untuk aku.Selepas ini aku akan bercuti selama sebulan sebelum aku akan menjadi pelajar tahun akhir.Kiranya aku akan jadi senior.Aku menghadapi minggu peperiksaan dengan tenang dan menjawab kertas mengikut apa yang telah aku hafal dan berbincang bersama kawan-kawan dalam discution group.Akhirnya minggu peperiksaan tamat dan aku bersiap untuk pulang bercuti ke kampung.
Petang itu semasa aku berkemas untuk pulang aku mendapat panggilan dari no yang tidak aku kenali,aku dengan malasnya mengkat no itu selepas 3 kali no yang sama tertera di skrin telon aku.Aku berfukur itu mungkin panggilan yang penting dan aku menjawabnya.Di talian semasa aku menjawab terdengan suara yang lunak aku bertanyakan siapa,dan empunya diri memperkenalkan diri,aku terkedu bercampur riang kerana gadis yang dalam LRT itu menghubungi aku.Kami berborak seketika dan dia berkata dia juga akan pulang ke kampung untuk cuti semester.Aku memaklumkan yang aku akan pulang esok malam dan dia memaklumkan juga yang dia juga akan pulang ke Johor pada esok malam.Jadi aku mencadangkan untuk berjumpanya esok petang di Stesen Bas Pudu Raya,sebelum pulang ke kampung,kerana aku akan pulang ke Kedah.Esok petang,aku akan betemu dengan Sal,gadis LRT yang aku temui tiga bulan lepas semasa hendak ke KLCC bersama Eddy dulu.Gadis yang aku perhatikan semenjak zaman sekolah menengah,hati aku terasa gembira kerana selepas 3bulan aku mendapat pangilan telofon darinya.Impian yang telah padam kini menyala kembali.
Seperti dijanjikan tepat jam 5.00 petang aku bertemu dengan Sal di Terminal Pudu Raya kerana ingin pulang ke kampung bagi menghabiskan cuti semester.Sal dari KUIS Bangi oleh itu aku sampi terlebih dahulu kerana rumah sewa aku adalah lebih dekat untuk ke Terminal Pudu Raya.Selepas 3bulan pertemuan di KLCC aku akan berjumpa semula dengan Sal.Banyak benda yang ingin aku bualkan sementara menunggu untuk pulang ke kampung halamanku.Begitu juga dengan Sal,aku tak sangka dan terkejut juga kerana mendapat panggilan dari Sal.Tiket bas aku jam 11.00 malam aku memng suka ambil bas lewat kerana dalam bas aku ingin tido dan apabila dah sampi hari dah hamper siang.Sal tiket bas jam 8.00 malam,kerana untuk ke segamat bas terakhir adalah pada jam 8.00 malam.
Semasa menunggu untuk menaiki bas aku dan Sal duduk di KFC berdekatan Pudu Raya dan kami berborak banyak perkara dari hal masa zaman sekolah sehinggalah ke IPT.Aku bertanyakan kepada Sal kenapa call aku,selepas 3bulan.Dia kata sebenarnya no telefon aku hilang dalam simpanan,dan dia jumpa no akau dalam kamus semasa dia berkemas untuk pulang ke kampung.Aku pun tak terkata apa hanya berkata mungkin jodoh.Aku bertanya kepada Sal adakah dia sekarang ada kawan lelaki yang istimewa,dan dia kata kawan kolej ramai la tetapi yang istimewa belum ada.Dalam hati aku tersenyum dan berkata ini peluang aku lagi la kerana dia masih solo.Selepas beberapa jam berborak,Sal akan menaiki bas pada jam 8.00 malam terasa begitu cepat,dan aku berharap aka nada peluang lagi untuk aku betemu dengan Sal selaps ini.Dia tidak berjanji tetapi andai ada waktu dan kesempatan dapat la bertemu lagi.Aku mengukirkan senyuman sahaja dan berkata didalam hati pasti aka nada lagi waktu untuk aku bertemu.Setelah bas Cepat Express untuk ke Segamat berlalu pergi aku kembali ke terminal menunggu waktu untuk aku berlepas tetapi masih awal kerana tiket aku pada jam 11.00 malam.Aku mengambil keputusan untuke surau dan solat jamak Magrib dan Isyak sementara menanti waktu untuk bertolak pulang ke Kedah.
Jam 11.00 malam aku bertolak pulang ke Kedah dengan menaiki bas KKKL.Aku menambil tempat dudk single oleh itu mudah untuk aku tidur sepanjang perjalanan aku nanti.Sebaik bas bergerak aku pun melelapkan mata tetapi mata aku tidak dapat tidur dan fikiran aku menerawang mengingatkan pertemuan aku dengan Sal tadi.Seorang gadis yang ceria berpewatakan lembut,bertudung bawal,yang pasti dia berkulit putih.Itu yang membuat aku tertarik,tak sangka gadis yang aku perhatikan sejak zaman sekolah akhirnya dapat juga aku berbual.Ini kerana dulu aku bersekolah di sekolah Agama.Oleh itu pergaulan lelaki dan perempuan adalah terbatas dan untuk berborak biasa semestinya tidak boleh.Dalam angan aku terlelap juga sambil mengayam mimpi indah bersama Sal.
Jam 6.00 pagi aku tiba di Terminal bas Sungai Petani.Aku sudah maklumkan kepada adik aku untuk menjemput aku pulang ke rumah.Sebaik turun dari bas aku melihat Hidayat,adik aku sudah menunggu aku dengan motosikal modenas kriss di terminal.Aku tanpa berlengah lagi terus menaiki motosikal bersama adik aku untuk pulang,sebelom pulang kami singgah di surau yang berdekatan untuk solat subuh dan meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah aku di Pantai Merdeka.Selepas 90minit perjalanan aku pun tiba di rumah disambut oleh ibu dan adik-adik yang lain.Ayah aku sudah keluar kelaut untuk menangkap ikan.Ayah aku merupakan seorang nelayan,itu sebabnya dia mahu aku belajar lagi kerana tidak mahu aku mewarisi pekerjaannya sebagai nelayan.Dia tahu hanya dengan ilmu aku akan dapat keluar dari belenggu kehidupan yang serba kekurangan.
Hari ini aku bermalas-malas dirumah sahaja selepas semalaman berpenat didalam bas.Aku melihat ke handpone aku tiada call dan massage yang masuk.Aku berfikir esok aku akan turun ke laut untuk membantu ayah aku.Dapatla aku tolong apa yang patut untuk tempoh cuti yang sebulan.Tempoh untuk aku menamatkan pengajian hanya kurang setahun lagi,selepas ini aku akan dapat cari kerja,maka dapatla aku kurangkan beban keluarga aku.Ayah aku sudah menjadi nelayan sejak sepuluh tahun yang lepas semasa aku di sekolah rendah selapas ayah aku berhenti dari kerja kilang berikutan zaman gawat.Ayah aku mendapat VSS dan dari duit itulah dia membeli sebuah bot dan enjin beserta kelengkapan untuk kelaut.Kerana melihat kepayahan ayah aku untuk membesarkan kami empat beradik aku bertekat untuk menamatkan pengajian aku seberapa segera yang boleh untuk mencari pekerjaan.Mak aku bekerja sebagai kerani dikilang padi yang dekat dengan rumah aku.Pendapatan mak tidak seberapa Cuma untuk menampung dan membantu ayah.Kami sekeluarga tidaklah sampi tidak makan dan minum cukup segalanga tetapi tidak boleh bermewah,syukur ayahku telah membina rumah kami semasa dia kerja dahulu walau tidak besar tetapi cukup untuk kami sekeluarga.Aku sebenarnya menunggu panggilan atau massage dari Sal.Untuk aku call susah sedikit ini kerana kredit tiada.Takkan aku mahu meminta dari ayah untuk mengisi topup lebih baik duit itu beli beras atau keperluan lain.Esok aku akan turun kelaut,ada upah aku kelaut boleh la aku beli topup untuk massage atau call.Pada masa itu massage pun kena bayar satu massage RM0.50.
Awal-awal lagi ayah aku dah menagajak aku turun kelaut pagi ini selepas aku berkata ingi ikut dia kelaut semalam.Pagi ini ayah aku ajak aku keluar menjaring ketam.Ini sebab semalam rebut kuat oleh itu selalunya selepas rebut ketam banyak.Selepas kami selesai subuh berjemaah aku mengikut ayah aku untuk turun kelaut.Semasa memasang jarring ketam akau sempat juga memancing untung-untung dapat siakap boleh juga dibuat laut atau jual untuk buat tambahan.Memang rezeki aku pagi itu kerana dapat menaikkan seekor siakap seberat 3.5Kg.Untung la dapat juga aku jual dan boleh la aku beli topup.Aku dah ayah pulang ke jeti selepas menjaring ketam sekitar jam 10.oo pagi selepas 4jam dilaut menjaring dapatla ketam sebanyak 25kg.Rezeki untuk pagi itu,boleh dibuat tambah-tambah.Siakap yang aku dapat aku jualkan dan dapatlah aku beli topup dan selebihnya aku bagi pada ayah kerana aku cakap upah aku hanya topup yang aku beli RM10.00.
Aku terasa bahu aku ditolak,aku berpaling dan melihat Sal berada disisi aku.Dia tersenyum dan berkata sarapan pagi telah siap dan mengajak aku untuk ke ruang makan.Aku mengangguk dan tersenyum sambil berkata sekejap mahu basuh muka terlebih dahulu sebelum makan.Dia bertanya apa yang aku menungkan sampai dia pangil dari dapur pun aku tidak dengar.Aku berkata yang aku terkenangkan peristiwa lama.Dan banyak lagi peristiwa yang akan aku ceritakan bagaimana aku menamatkan pengajian aku,bekerja dan akhirnya aku berkahwin dengan Sal.
Kisah ini masih panjang tetapi untuk nukilan permulaan ini biarlah tinta ini berehat seketika.


Novel

Kerana pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dengan Rykal memulakan misi mereka untuk memikat gadis bernama Emma dan Nia yang dikenali dengan tidak sengaja. Kemuncak misi mereka adalah, mana-mana gadis yang akan sebut perkataan ‘I Love You’ dulu kepada mereka, dia yang akan memenangi pertaruhan itu.
Bagi Emma, sejak dulu lagi dia anti dengan lelaki kaya. Pada fikirannya, lelaki kaya suka adalah jenis yang suka berlagak dan menggunakan kekayaan mereka untuk mempermainkan perasaan perempuan. Contoh yang terdekat Ialah abang iparnya bernama Daniel yang selalu berkasar dengan kakaknya, Natasya.
Perkenalannya dengan tidak sengaja bersama Azrif Iqbal seakan membawanya ke dalam mimpi ngeri. Dia tidak suka dengan sikap lelaki tersebut yang suka memaksa untuk menerimanya sebagai kawan.
“Aku rasa baik kau bawa bunga ni bagi kat girlfriend kau... Sepatutnya kau bagi kat dia, bukannya kat aku.” - Emma Harlini
“Aku pelik... Kenapa susah sangat kau nak terima, eh? Aku bukannya suruh kau bayar pun!” - Azrif Iqbal
Untuk Nia pula, perkenalannya dengan Rykal kerana berebutkan parking kereta membawa satu perubahan dalam hidupnya. Lagi-lagi bila ayahnya amat tegas dalam mengawal kebebasannya untuk berkawan dengan lelaki.
“Parking tu kau punya ke? Setahu aku tak ada pula tulis nama siapa-siapa kat situ?” - Rykal Safuan
“Sahlah kau ni jenis yang tak ada budi bahasa. Tadi kau cilok aku punya parking. Sekarang kau dengan muka tak bersalah pula langgar mak aku. Dahlah langsung tak reti nak mintak maaf... Bro, muka handsome, kereta sikit punya gah tapi otak kalau otak tu out tak ada guna, bro... Confirm diharamkan jadi menantu kalau pesen perangai macam ni!” - Nia Sakinah
Walaupun dihamburkan dengan berbagai kata amaran, Azrif dan Rykal tetap gigih dengan misi mereka. Emma dan Nia yang pada mulanya tidak berapa suka dengan semua itu akhirnya menyedari yang sebenarnya hati mereka sudah mula terpaut suka pada Azrif dan Rykal seterusnya? Adakah mereka berdua berjaya dengan cinta mereka itu.

Saturday, June 25, 2016

Novel Inggeris


Kisah dibuka dengan perayaan tak terkendali di dunia sihir (yang biasanya merupakan komuniti yang rahsia) setelah bertahun-tahun mengalami teror oleh Lord Voldemort. Pada malam sebelumnya, Voldemort telah berjaya menjumpai tempat perlindungan rahsia keluarga Potter, dan membunuh James dan Lily Potter. Namun demikian, ketika dia mengarahkan tongkat sihirnya kepada bayi mereka, Harry Potter, kutukan pembunuh yang dikeluarkannya malah kembali kepada dirinya sendiri.  Voldemort terkeluar dari tubuhnya sendiri yang hancur, menghilang dari dunia sihir, tapi tidak mati. Sementara itu, satu-satunya hasil dari kutukan yang gagal itu meninggalkan bekas yang khusus di dahinya, cacat berbentuk sambaran kilat. Kekalahan misteri Voldemort memberikan Harry Potter panggilan khusus di dalam dunia sihir, “Anak Laki-Laki yang Bertahan Hidup”. Sebutan ini khususnya kerana tidak ada penyihir yang diarah oleh Voldemort dapat bertahan hidup melawannya.Cerita yang menarik ini boleh dibaca dari Novel yang ditulis oleh J.K Rowling.

Rezeki Ramadhan

Assalamualaikum
Bertemu lagi kita dibulan yang penuh barakah ini...
Selamat menjalani ibadah puasa kepada umat Islam
Diharapkan kalian semua dapat menjalani ibadah dengan sempurna


Hadiah Ramadhan

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya sempena bulan yang barakah ini aku mendapat perkabaran gembira kenaikan pangkat untuk kali ke-2

Terimakasih aku ucapkan kepada keluarga terutama Emak,Isteri dan anak-anak(Alif,Asyraf&Aryan)kerana sentiasa ada disamping untuk memberi dorongan ini.Hadiah Ramadhan ini sebenarnya untuk kalian

Rezeki Ramadhan

Assalamualaikum
Bertemu lagi kita dibulan yang penuh barakah ini...
Selamat menjalani ibadah puasa kepada umat Islam
Diharapkan kalian semua dapat menjalani ibadah dengan sempurna


Thursday, June 16, 2016

Ramadhan Karem


Ramadhan, Ramadhan Ramadhan di hati Ramadhan, Ramadhan Ku mohon usah pergi..

Semoga terus diberi kekuatan untuk menempuh Ramadha yang penuh barakah ini...

Pengurusan Kewangan

Assalamualaikum..

Apa kabar sahabat alam maya semua..mari kita berkongsi sedikit tips berkaitan pengurusan wang..
Saya baru sahaja selesai membaca buku berkaitan pengurusan wang selepas menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pihak AKPK

Disini saya sajikan kepada anda semua sedikit makluman berkaitan BUKU  Bertajuk POWER yang menceritan tentang pengurusan kewangan.

POWER
Secara dasarnya apabila anda membaca buku ini,minda anda akan terbuka kepada pengetahuan pengurusan kewangan secara efektif.

Power juga menunjukkan kaedah pengurusan hutang yang baik dan membantu anda membuat keputusan kewangan secara bijak.

Melalui Power anda akan mempelajari pelbagai aspek tentang transaksi kewangan dan memahami cara terbaik mengukuhkan kewangan anda.

Power turut membantu anda dalam penguasaan pengurusan kewangan dan membolehkan anda "Mengamalkan Pengurusan Kewangan Yang Berhemah Sebagai Budaya Hidup"

Saturday, June 11, 2016

Kereta Idaman


Image result for honda crv 2016 changes

Percutian Impian

Setiap insan mempunya impian...begitu juga diriku..aku mempunyai impian juga untuk memiliki kebahagiaan dalam bekeluarga dan kerjaya..

Cinta Agung

Cinta sebenarnya adalah satu cetusan rasa yanag indah..Hanya yang pernah merasainya tahu apakah itu CINTA...tapi cinta juga adakalanya memeritkan..dan bertabahlah sesiapa yang mengharunginya...

Muhasabah Diri

Friday, June 10, 2016

Pengenalan Tentang Diriku

Assalamualaikum..
Hai alam siber..Bulan Ramadhan telah menjelang diharapkan anda semua gembira dan dapat menjalankan ibadah puasa dengan hati yang tenang.

Sebelum aku mencoretkan lebih lanjut biarlah aku memperkenalkan sedikit tentang diriku dipapan cerita ini...

Nama : Mohd Firdaus Bin Mahadzir
Umur : 33tahun ( 2016 )
Pekerjaan : Penolong Pengurus di PNK Sepang
Pendidikan:Diploma Sains Komputer-KPTMKL-DSK(UPM),Sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Sastera-Pengajian Bahasa Melayu Tahun 2(UKM)PJJ
Status: Berkahwin dengan 3 orang anak yang semuanya hero hihihi

Temapat lahir aku adalah di Hospital Besar Pulau Pinang dan sekarang akau menetap di Sepang berikutan tuntutan kerja menjadikan aku perlu berhijrah ke Selangor.Aku sudah berada di Selangor ini selama 6 tahun bermula dari tahun 2009.

Apa lagi yang aku nak coretkan ya...tak apa lah sementara menanti idea muncul terus. Dilain masa akan aku coretkan lagi berkaintan diriku dan apa yang berada di sekeliling hidupku.

Oleh itu akan bermulalah episod KuGapai Impian....heheheheheh

tunggu ya untuk tulisan ku yang seterusnya...