Saturday, August 6, 2016

CERPEN KENANGAN SILAM (BAHAGIAN 1)

Awal pagi ini hujan turun dengan lebatnya.Suasana dinihari yang terasa nyaman selepas disirami air hujan.Terdengar kicau burung yang gembira kerana bumi telah dibasahi selepas enam bulan kering kontang akibat fenomena el-nino.
Hari ini cuti hari minggu maka,aku masih didalam selimut seusai menunaikan solat subuh.Ku berpaling disebelah isteriku sudah tidak kelihatan barang kali sudah didapur.Ku melihat di katil sebelah anak-anakku masih nyenyak dibuai mimpi.Semalam jam satu pagi baru mereka tidur selepas menonton CD cerita karton kegemaran mereka.
Aku termenung melihat jendela mati yang sedikit terbuka.Kenangan demi kenagan terimbau ketika itu difikiranku.Sepuluh tahun sudah berlalu.
Pagi ini aku ada kelas tetapi aku terlewat bangun.Eddy rakan sebilikku juga lewat kerana semalam kami menonton bola sehingga lewat pagi.
Pagi ini kami ada Kuiz untuk subjek statistic.Lewat masuk bermakna markah akan hilang,kerana ini subjek wajib bagi Kos yang aku ambil iaitu Diploma Sains Komputer.Kerana sudah lewat kami berduapun tidak sempat mandi hanya bersiap ala kadar yang penting hadir ke Kolej seberapa segera yang boleh untuk mengambil ujian kuiz.
Pada masa itu aku merupakan pelajar tahun 2 di Kolej Poly-Tech MARA KL(KPTM), pada fikiranku aku hanya mahu menamatkan pengajian untuk memenuhi kehendak kedua ibu bapa ku.Aku belajar disitu kerana hasrat mereka,kerana jiwa aku bukan disitu.Aku tidak berminat untuk belajar pada ketika itu,aku hanya mahu terus bekerja kerana keputusan SPM aku hanya sekadar lulus dan bukan cemerlang.Tetapi mengenangkan hasrat org tua aku gagahi juga melanjutkan pelajaran.Orang kata andai kita mengikut cakap orang tua satu hari nanti ada berkatnya.Disebabkan keptusan SPM aku sederhana sahaja aku ditawarkan belajar di KPTMKL dan tidak mendapat tempat di istitusi awam.
Pagi itu aku sempat sampi ke kolej dan dapat menduduki ujian kuiz.Lega juga hati ini rasa kerana sempat mengambil ujian.Kelas pada hari itu tidak banyak dan jam 3.00 petang aku sudah tiada lagi kelas.Aku dan Eddy merancang untuk ke KLCC untuk berjalan-jalan kerana sebelah petang dan malam tiada kelas.
Kami ke KLCC dengan menaiki LRT, semasa didalam LRT untuk ke KLCC aku terpandang seorang gadis yang menarik minat aku untuk terus melihat.Aku melihatnya dari jauh,dan aku perasan dia juga sedar aku sedang melihatnya,tetapi tidak berkata apa,kerana pada waktu itu LRT agak ramai orang.Untuk ke KLCC kami perlu turun di Masjid Jamek untuk menukar train ke KLCC.Aku sempat melihat gadis itu juga turun dari LRT dan menukar train.Semasa menunggu train untuk ke KLCC aku cuba menyapa gadis tersebut dan dia dengan senang hati membalas sapaanku,kami berbual seketika dan dia menyatakan untuk ke KLCC juga dengan kawanya.
Aku berkata yang aku juga ingin ke KLCC dan dapat lah kami pergi bersama,dia tiada masalah untuk kesana kerana dia sememngnya ingin ke KLCC untuk membeli buku di Kinokuniya KLCC.Semasa berborak dengannya benarlah seperti yang aku sangkakan yang gadis itu adalah junior aku semasa semasa sekolah menengah dulu bekitu juga dengan kawannya.Gadis itu memaklumkan yang sekarang dia belajar di KUIS dalam jurusan Pengajian Islam.Kami sama-sama meneruskan perjalanan ke KLCC dan menaiki train yang sama.Semasa di KLCC aku mengajak dia untuk join aku dan Eddy untuk meonton watang,tetapi ditolak kerana mereka ada hal lain lagi,lantas aku pun meminta no telefon gadis tersebut dan berkata andai ada waktu lagi boleh berjumpa lagi,namun gadis itu meminta aku yang memberi no telofon dan sekiranya ada rezeki dia akan call aku.Aku lantas menulis no aku dikertas dan memberikan pada gadis tersebut.Dia berlalu dengan senyuman dan aku berharap yang dia akan call aku.Aku dan Eddy meneruskan agenda kami dengan menonton wayang.
Malam itu aku dan Eddy sampi ke rumah sewa kami dalam jam 11.00 malam,selapas menonton wayang kami berjalan-jalan sekitar KLCC dan sebelum pulang kami ke Pasar Seni dulu melihat apa aje yang ada disana dan selepas penat kami pulang.Malam itu aku teringatkan gadis yang aku jumpa dalam LRT siang hari tadi,aku mengharapkan adanya massage akan masuk atau call tetapi hampa.Aku harapkan dilain hari akan ada khabar yang gembira.Malam itu aku tidur dengan mengayam mimpi indah.
Hari-hari aku berlalu seperti biasa dan rutinku semakin sibuk dengan tugasa-tugasan yang semakin menimbun.Aku terlupa seketika tentang gadis yang aku temui di dalam LRT tersebut.Minggu peperiksaan makin hamper dan aku perlu menumpukan perhatian dengan lebih lagi keran tahun depan adalah tahun akhir untuk aku menamatkan pengajian aku di KPTMKL.Aku tidak mahu mengulang subjek kerana sasaran aku selepas tamat pengajian dan menggenggam segulung Diploma aku mahu kerja.Dengan diploma itu akau akan membuat ibu bapa aku gembira kerana aku telah merialisasikan impian mereka.Kerana akulah anak sulung yang akan menjadi contoh untuk adik-adik aku nanti.
Hari ini adalah minggu peperiksaan untuk aku.Selepas ini aku akan bercuti selama sebulan sebelum aku akan menjadi pelajar tahun akhir.Kiranya aku akan jadi senior.Aku menghadapi minggu peperiksaan dengan tenang dan menjawab kertas mengikut apa yang telah aku hafal dan berbincang bersama kawan-kawan dalam discution group.Akhirnya minggu peperiksaan tamat dan aku bersiap untuk pulang bercuti ke kampung.
Petang itu semasa aku berkemas untuk pulang aku mendapat panggilan dari no yang tidak aku kenali,aku dengan malasnya mengkat no itu selepas 3 kali no yang sama tertera di skrin telon aku.Aku berfukur itu mungkin panggilan yang penting dan aku menjawabnya.Di talian semasa aku menjawab terdengan suara yang lunak aku bertanyakan siapa,dan empunya diri memperkenalkan diri,aku terkedu bercampur riang kerana gadis yang dalam LRT itu menghubungi aku.Kami berborak seketika dan dia berkata dia juga akan pulang ke kampung untuk cuti semester.Aku memaklumkan yang aku akan pulang esok malam dan dia memaklumkan juga yang dia juga akan pulang ke Johor pada esok malam.Jadi aku mencadangkan untuk berjumpanya esok petang di Stesen Bas Pudu Raya,sebelum pulang ke kampung,kerana aku akan pulang ke Kedah.Esok petang,aku akan betemu dengan Sal,gadis LRT yang aku temui tiga bulan lepas semasa hendak ke KLCC bersama Eddy dulu.Gadis yang aku perhatikan semenjak zaman sekolah menengah,hati aku terasa gembira kerana selepas 3bulan aku mendapat pangilan telofon darinya.Impian yang telah padam kini menyala kembali.
Seperti dijanjikan tepat jam 5.00 petang aku bertemu dengan Sal di Terminal Pudu Raya kerana ingin pulang ke kampung bagi menghabiskan cuti semester.Sal dari KUIS Bangi oleh itu aku sampi terlebih dahulu kerana rumah sewa aku adalah lebih dekat untuk ke Terminal Pudu Raya.Selepas 3bulan pertemuan di KLCC aku akan berjumpa semula dengan Sal.Banyak benda yang ingin aku bualkan sementara menunggu untuk pulang ke kampung halamanku.Begitu juga dengan Sal,aku tak sangka dan terkejut juga kerana mendapat panggilan dari Sal.Tiket bas aku jam 11.00 malam aku memng suka ambil bas lewat kerana dalam bas aku ingin tido dan apabila dah sampi hari dah hamper siang.Sal tiket bas jam 8.00 malam,kerana untuk ke segamat bas terakhir adalah pada jam 8.00 malam.
Semasa menunggu untuk menaiki bas aku dan Sal duduk di KFC berdekatan Pudu Raya dan kami berborak banyak perkara dari hal masa zaman sekolah sehinggalah ke IPT.Aku bertanyakan kepada Sal kenapa call aku,selepas 3bulan.Dia kata sebenarnya no telefon aku hilang dalam simpanan,dan dia jumpa no akau dalam kamus semasa dia berkemas untuk pulang ke kampung.Aku pun tak terkata apa hanya berkata mungkin jodoh.Aku bertanya kepada Sal adakah dia sekarang ada kawan lelaki yang istimewa,dan dia kata kawan kolej ramai la tetapi yang istimewa belum ada.Dalam hati aku tersenyum dan berkata ini peluang aku lagi la kerana dia masih solo.Selepas beberapa jam berborak,Sal akan menaiki bas pada jam 8.00 malam terasa begitu cepat,dan aku berharap aka nada peluang lagi untuk aku betemu dengan Sal selaps ini.Dia tidak berjanji tetapi andai ada waktu dan kesempatan dapat la bertemu lagi.Aku mengukirkan senyuman sahaja dan berkata didalam hati pasti aka nada lagi waktu untuk aku bertemu.Setelah bas Cepat Express untuk ke Segamat berlalu pergi aku kembali ke terminal menunggu waktu untuk aku berlepas tetapi masih awal kerana tiket aku pada jam 11.00 malam.Aku mengambil keputusan untuke surau dan solat jamak Magrib dan Isyak sementara menanti waktu untuk bertolak pulang ke Kedah.
Jam 11.00 malam aku bertolak pulang ke Kedah dengan menaiki bas KKKL.Aku menambil tempat dudk single oleh itu mudah untuk aku tidur sepanjang perjalanan aku nanti.Sebaik bas bergerak aku pun melelapkan mata tetapi mata aku tidak dapat tidur dan fikiran aku menerawang mengingatkan pertemuan aku dengan Sal tadi.Seorang gadis yang ceria berpewatakan lembut,bertudung bawal,yang pasti dia berkulit putih.Itu yang membuat aku tertarik,tak sangka gadis yang aku perhatikan sejak zaman sekolah akhirnya dapat juga aku berbual.Ini kerana dulu aku bersekolah di sekolah Agama.Oleh itu pergaulan lelaki dan perempuan adalah terbatas dan untuk berborak biasa semestinya tidak boleh.Dalam angan aku terlelap juga sambil mengayam mimpi indah bersama Sal.
Jam 6.00 pagi aku tiba di Terminal bas Sungai Petani.Aku sudah maklumkan kepada adik aku untuk menjemput aku pulang ke rumah.Sebaik turun dari bas aku melihat Hidayat,adik aku sudah menunggu aku dengan motosikal modenas kriss di terminal.Aku tanpa berlengah lagi terus menaiki motosikal bersama adik aku untuk pulang,sebelom pulang kami singgah di surau yang berdekatan untuk solat subuh dan meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah aku di Pantai Merdeka.Selepas 90minit perjalanan aku pun tiba di rumah disambut oleh ibu dan adik-adik yang lain.Ayah aku sudah keluar kelaut untuk menangkap ikan.Ayah aku merupakan seorang nelayan,itu sebabnya dia mahu aku belajar lagi kerana tidak mahu aku mewarisi pekerjaannya sebagai nelayan.Dia tahu hanya dengan ilmu aku akan dapat keluar dari belenggu kehidupan yang serba kekurangan.
Hari ini aku bermalas-malas dirumah sahaja selepas semalaman berpenat didalam bas.Aku melihat ke handpone aku tiada call dan massage yang masuk.Aku berfikir esok aku akan turun ke laut untuk membantu ayah aku.Dapatla aku tolong apa yang patut untuk tempoh cuti yang sebulan.Tempoh untuk aku menamatkan pengajian hanya kurang setahun lagi,selepas ini aku akan dapat cari kerja,maka dapatla aku kurangkan beban keluarga aku.Ayah aku sudah menjadi nelayan sejak sepuluh tahun yang lepas semasa aku di sekolah rendah selapas ayah aku berhenti dari kerja kilang berikutan zaman gawat.Ayah aku mendapat VSS dan dari duit itulah dia membeli sebuah bot dan enjin beserta kelengkapan untuk kelaut.Kerana melihat kepayahan ayah aku untuk membesarkan kami empat beradik aku bertekat untuk menamatkan pengajian aku seberapa segera yang boleh untuk mencari pekerjaan.Mak aku bekerja sebagai kerani dikilang padi yang dekat dengan rumah aku.Pendapatan mak tidak seberapa Cuma untuk menampung dan membantu ayah.Kami sekeluarga tidaklah sampi tidak makan dan minum cukup segalanga tetapi tidak boleh bermewah,syukur ayahku telah membina rumah kami semasa dia kerja dahulu walau tidak besar tetapi cukup untuk kami sekeluarga.Aku sebenarnya menunggu panggilan atau massage dari Sal.Untuk aku call susah sedikit ini kerana kredit tiada.Takkan aku mahu meminta dari ayah untuk mengisi topup lebih baik duit itu beli beras atau keperluan lain.Esok aku akan turun kelaut,ada upah aku kelaut boleh la aku beli topup untuk massage atau call.Pada masa itu massage pun kena bayar satu massage RM0.50.
Awal-awal lagi ayah aku dah menagajak aku turun kelaut pagi ini selepas aku berkata ingi ikut dia kelaut semalam.Pagi ini ayah aku ajak aku keluar menjaring ketam.Ini sebab semalam rebut kuat oleh itu selalunya selepas rebut ketam banyak.Selepas kami selesai subuh berjemaah aku mengikut ayah aku untuk turun kelaut.Semasa memasang jarring ketam akau sempat juga memancing untung-untung dapat siakap boleh juga dibuat laut atau jual untuk buat tambahan.Memang rezeki aku pagi itu kerana dapat menaikkan seekor siakap seberat 3.5Kg.Untung la dapat juga aku jual dan boleh la aku beli topup.Aku dah ayah pulang ke jeti selepas menjaring ketam sekitar jam 10.oo pagi selepas 4jam dilaut menjaring dapatla ketam sebanyak 25kg.Rezeki untuk pagi itu,boleh dibuat tambah-tambah.Siakap yang aku dapat aku jualkan dan dapatlah aku beli topup dan selebihnya aku bagi pada ayah kerana aku cakap upah aku hanya topup yang aku beli RM10.00.
Aku terasa bahu aku ditolak,aku berpaling dan melihat Sal berada disisi aku.Dia tersenyum dan berkata sarapan pagi telah siap dan mengajak aku untuk ke ruang makan.Aku mengangguk dan tersenyum sambil berkata sekejap mahu basuh muka terlebih dahulu sebelum makan.Dia bertanya apa yang aku menungkan sampai dia pangil dari dapur pun aku tidak dengar.Aku berkata yang aku terkenangkan peristiwa lama.Dan banyak lagi peristiwa yang akan aku ceritakan bagaimana aku menamatkan pengajian aku,bekerja dan akhirnya aku berkahwin dengan Sal.
Kisah ini masih panjang tetapi untuk nukilan permulaan ini biarlah tinta ini berehat seketika.


No comments:

Post a Comment