Hero Seorang Cinderella oleh Anjell
Sinopsis: Nura Medina, sekali pandang orang mesti cakap dia
sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum
ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk
menutup kisah hidupnya. Manakala heronya, Tengku Ian Uzzam, kacak membunuh,
senyuman ikhlas versi pencair hati dan jelingannya mampu bikin anak dara
penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah untuk
menyatukan kembali keluarga Medina. Ibu Medina dan abangnya yang dianggap sudah
mati oleh semua orang, sebenarnya masih hidup dan dia adalah ibu angkat Tengku
Ian. Pelbagai misi yang dilakukan oleh Tengku Ian sehingga dia sanggup berlakon
sebagai anak angkat, manakala abang medina sebagai Tengku Ian. Tengku Ian mahu
melihat siapa permata dan siapa pula kaca. Setiap hari mereka ditakdirkan
berjumpa antara tidak sengaja sehingga Tengku Ian berkata kepada Medina, kalau
awak ingat saya pada ketika itu, saya pasti akan datang dan selamatkan awak.
Medina tidak percaya pada kata-kata itu, tetapi ia menjadi realiti kerana tanpa
sengaja lelaki itu datang kepadanya ketika dia teringat kata-kata itu sehingga
mereka menjadi kawan yang rapat. Sehinggalah terbongkar identiti dia
sebenarnya, ibu dan kak tirinya membuat rancangan untuk memisahkan mereka. Ibu
dan kak tirinya merancang pengkhianatan dengan membawa masuk seorang lelaki ke
bilik Medina yang pada ketika itu sedang sakit. Ayahnya menghalau Medina keluar
dan Tengku Ian yang mula mencintai Medina melamar Medina yang dalam kesedihan
itu untuk menjaganya sepanjang hidupnya. Dan Tengku Ian membongkarkan rahsia
dan amanat dengan menberitahu hal sebenar kepada Medina mengenai ibu dan
abangnya. Mereka hidup sangat bahagia sehingga ayahnya sakit dan mahu meminta
maaf apabila mengetahui cerita yang sebenar bahawa isteri keduanya itu juga
pernah memfitnah ibu Medina curang dengan lelaki lain. Ayahnya tetap percaya
sehinggalah dia mendengar perbualan antara dua beranak tirinya tentang
rancangan perkhianatan mereka berdua terhadap ibu Medina dan Medina. Hidup
mereka sekeluarga sangat bahagia dan mereka tidak mahu mensia-siakan sesaat
pun. Mereka sangat berterima kasih kepada Tengku Ian dan keluarganya.
Ulasan: Penulis dapat membawa
jiwa pembaca dengan pelbagai emosi seperti sedih dan kecewa dengan kehidupan
yang digambarkan jika mempunyai ibu tiri dan kakak tiri yang sangat jahat. Tema
yang mempunyai pelbagai unsur seperti hubungan kekeluargaan, romantik, lawak
dan sedih. Dialog yang digunakan adalah bersahaja termasuk penggunaan bahasa
yang sering digunakan oleh masyarakat sekeliling memudahkan lagi pembaca
memahaminya.
No comments:
Post a Comment